Posts

Showing posts from November, 2020

Jom buat eksperimen penuras air Sains Tingkatan 1!

Image
Penuras air daripada botol mineral mencungkil semangat ingin tahu murid-murid Tingkatan 1 ini.  Bahannya mudah sahaja, ikut kreativiti mereka. Yang pasti, mereka perlu menghasilkan air yang lebih jernih selepas dituras dengan alat penuras yang mereka hasilkan.  Hmmm, rata-rata Cikgu Tuti lihat mereka menggunakan botol mineral, batu bersaiz besar dan kecil, pasir halus dan pasir kasar, kain , kapas dan ada yang menarik menggunakan arang.  Bila ditanya, " Mengapa awak guna arang ni?". Mereka menjawab untuk menyerap bau air agar baunya lebih baik sebelum dituras. Bijak pun anak murid Cikgu Tuti ni.  Ramai yang menghantar video dan gambar hasil turasan air tanah kepada saya. Sampai saya pun tak tahu nak memilih siapa pemenang. Ingin bagi semua sijil sebenarnya, tetapi kerana ingin mewujudkan daya saing yang hebat, jadi Cikgu perlu buat keputusan yang baik.  Pemilihan kali ni adalah berdasarkan bonus kepada penghasilan video, air yang dituras perlu lebih jernih darip...

LANGIT KELIHATAN BIRU PADA WAKTU TENGAH HARI DAN MATAHARI KELIHATAN KEMERAHAN PADA WAKTU SENJA.

Image
Mengapakah langit kelihatan kebiruan pada waktu tengah hari dan matahari kelihatan kemerahan pada waktu senja? Kedua-dua fenomena semula jadi ini disebabkan oleh penyerakan cahaya.  Apakah yang dimaksudkan dengan penyerakan cahaya? Mudah saja....  Penyerakan cahaya berlaku apabila sinar cahaya dihalang dan dipantulkan ke semua arah oleh awan atau zarah-zarah dalam udara.  Jom kita lakukan aktiviti ini di rumah! Satu aktiviti yang menarik untuk dicuba dirumah sepanjang tempoh pergerakan kawalan ini.  Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 1.cawan berisi air susu  2. lampu  3. dinding atau kertas putih  Pastikan anda lakukan dalam bilik yang mempunyai keamatan cahaya yang rendah.  Jika anda perlukan bantuan untuk lakukan, jom kita dengar daripada adik Ahmad Mukmin , 1S d aripada SMK Bandar Rinching dan adik Damia Dayana, 1A juga daripada SMK Bandar Rinching.  Saya kongsikan juga gambar-gambar aktiviti penyerakan cahaya oleh murid-murid kelas 1 H...

JOM BUAT PELANGI DI RUMAH!

Image
Tahukah anda Pelangi merupakan salah satu daripada fenomena penyebaran cahaya?  Tidak perlu tunggu hujan di waktu tengah hari, anda juga boleh membuat pelangi di rumah!!! Menarik bukan.  Jika tidak percaya, jom kita lakukan aktiviti "hands-on" yang mudah sahaja di rumah. Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah untuk disediakan. Mari saya kongsikan bahan-bahan yang diperlukan.  Bahan yang diperlukan: 1. Lampu suluh  2. Kertas putih 3. Cermin  4. Besen berisi air separuh penuh  Jom dengarkan sedikit penerangan daripada anak murid saya, Ahmad Mukmin. 1 Saffron dari SMK Bandar Rinching.  Damia Dayana, 1 Azalea   j uga apa kurang hebatnya. Mari kita saksikan.  Saya kongsikan juga hasil akhir gambar-gambar pelangi daripada anak murid saya di SMK Bandar Rinching. Hebat mereka ini.  Maka, tidak sialah saya umumkan pemenang pelangi yang menarik. Jom kita tonton.  Walaupun masih dalam perintah berkurung kawalan ini, anak murid yang berjay...

KAEDAH KROMATOGRAFI PENCETUS KEMENJADIAN MURID

Image
Tahukah anda warna merupakan campuran. Mari kita imbas kembali apakah yang dimaksudkan dengan campuran.  Campuran merupakan satu atau lebih daripada satu unsur atau sebatian yang bergabung secara fizikal. Disebabkan campuran terbentuk secara fizikal, campuran juga boleh dipisahkan secara fizikal. Terdapat tujuh teknik pengasingan campuran kepada komponen-komponenya iaitu: a) Penurasan  b) Penyulingan  c) Pengasingan menggunakan magnet d) Pengapungan  e) Pengenapan f)  Penapisan  g) Kromatografi  ( Sumber : Buku Teks Sains, KSSM) Murid selalu keliru pengasingan kaedah pengasingan kromatografi dengan kaedah pengasingan penurasan ataupun penapisan. S ebenarnya kaedah pemisah kromatografi ini adalah pengasingan campuran dalam kuantiti yang sedikit sahaja seperti dakwat pen dan pewarna makanan. Manakala kaedah pengasingan penurasan, penyulingan dan penapisan menggunakan kuantiti campuran yang banyak. Harap anda jelas mengenai perbezaan kromatografi dengan p...

KEMENJADIAN MURID MELALUI PEMBELAJARAN ALAM MAYA

Image
D asawarsa ini, seringkali para pendidik disarankan untuk merancang PdPc abad ke 21 iaitu berpusatkan murid. Dengan kata lain adalah "Kemenjadian Murid " adalah keberhasilan utama dalam PdPc 21. Tahukah anda sebagai pendidik, kemenjadian guru perlu dihasilkan terlebih dahulu sebelum kemenjadian murid. Mengapa? Buktinya, senang sahaja, iaitu apabila guru menjadi kreatif, anak murid akan menjadi lebih kreatif. Sebaliknya, jika guru hanya bergantung kepada papan putih dan buku teks sahaja, maka murid akan bergantung kepada pen dan buku modul semata-mata.  Hari ini, jari jemari ini menyentuh huruf-huruf kecil di papan komputer ini. Cuba untuk belajar membuat blog sendiri. Selama ini hanya menulis untuk menghasilkan buku aktiviti Sains Tingkatan 1,2 dan 3 bagi terbitan Pelangi dan Cemerlang. Mungkin ini sebagai pencetus untuk berkongsikan sesuatu yang menarik dan bermanfaat.  Di ruangan ini,  ingin saya buktikan Kemenjadian Guru Pecetus Kemenjadian Murid pada masa kini. Pembe...