Jom buat eksperimen penuras air Sains Tingkatan 1!

Penuras air daripada botol mineral mencungkil semangat ingin tahu murid-murid Tingkatan 1 ini. 

Bahannya mudah sahaja, ikut kreativiti mereka. Yang pasti, mereka perlu menghasilkan air yang lebih jernih selepas dituras dengan alat penuras yang mereka hasilkan. 


Hmmm, rata-rata Cikgu Tuti lihat mereka menggunakan botol mineral, batu bersaiz besar dan kecil, pasir halus dan pasir kasar, kain , kapas dan ada yang menarik menggunakan arang. 


Bila ditanya, " Mengapa awak guna arang ni?". Mereka menjawab untuk menyerap bau air agar baunya lebih baik sebelum dituras. Bijak pun anak murid Cikgu Tuti ni. 


Ramai yang menghantar video dan gambar hasil turasan air tanah kepada saya. Sampai saya pun tak tahu nak memilih siapa pemenang. Ingin bagi semua sijil sebenarnya, tetapi kerana ingin mewujudkan daya saing yang hebat, jadi Cikgu perlu buat keputusan yang baik. 


Pemilihan kali ni adalah berdasarkan bonus kepada penghasilan video, air yang dituras perlu lebih jernih daripada sebelumnya, penghantaran yang cepat sebelum kelas selanjutnya bermula. Akhirnya, dapat juga pemenang untuk aktiviti hands on ini.

Satu video yang terbaik, iaitu rakam layar terbaik  telah dipilih untuk kali ini kerana Cikgu terlalu kagum dengan susun atur video penerangan murid ini. Maka perlulah ada satu penghargaan atas usaha yang diberikan. 


Bagi yang tidak berjaya, jangan risau ya. Di akhir PdPR pada 18 Disember ini, murid yang menghantar tugasan yang paling banyak akan dinobatkan sebagai murid contoh Sains PdPR bagi kelas cikgu Tuti. 


Jom yang tak buat lagi , mari cuba bina satu alat penapis air di rumah semasa tempoh pergerakan terkawal Covid 19 ini. Bahan- bahan yang diperlukan :

1. Air bercampur tanah 
2. Batu pelbagai saiz
3. Pasir halus dan pasir kasar
4. Kain putih 
5. Botol mineral


Anda tidak tahu caranya, jom kita dengar daripada rakan-rakan anda dari kelas 1 1A, 1F, 1H dan 1S melalui video yang disediakan.  Cikgu pilih video daripada setiap kelas yang cikgu ajar untuk pengkongsian kali ini.


Ahmad Mukmin, 1 Saffron
Anugerah Rakam Layar Terbaik: 

Video yang sangat menarik! Tahniah Mukmin!




Satu  lagi video yang menarik adalah daripada Afiq,1 Hazel. Santai dan lengkap dengan penerangan ! Tahniah Afiq !



Satu lagi video murid ini, daripada Damia Dayana, 1 A. Beliau pasti akan menerangkan dengan lebih jelas untuk rakan-rakan beliau. Kira boleh jadi "flipped classroom" juga ni. Tahniah Damia!


Satu lagi video yang ringkas dan tepat daripada kelas 1 Fresia, Raja Shahmlyn ini. Murid ni diam je dalam kelas, bakatnya mula terserlah dengan semua video aktiviti sains yang dihantar sepanjang tempoh PdPR ini. Rupa-rupanya, betul kata pepatah melayu ," mana nak dapat sagunya kalau tidak dipecahkan ruyungnya". Tahniah Raja ! 



Hebat bukan, mereka semua ini daripada kelas yang berbeza. Namun, jika diasah bakat mereka tentu mereka akan menunjukkan bakat yang terpendam dalam jiwa mereka. 

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang pekera penuras air ini. Jom Tonton Pemenang hadiah ini. 



Yang pasti mereka semua amat teruja dengan aktiviti sains hands on ini di samping latihan di rumah. 

Jom, kita semarakkan semangat murid-murid dalam dunia sains PdPR ini. 


Sekian daripada saya, 
Cikgu Tuti.

Comments