LANGIT KELIHATAN BIRU PADA WAKTU TENGAH HARI DAN MATAHARI KELIHATAN KEMERAHAN PADA WAKTU SENJA.
Mengapakah langit kelihatan kebiruan pada waktu tengah hari dan matahari kelihatan kemerahan pada waktu senja?
Kedua-dua fenomena semula jadi ini disebabkan oleh penyerakan cahaya.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyerakan cahaya?
Mudah saja....
Penyerakan cahaya berlaku apabila sinar cahaya dihalang dan dipantulkan ke semua arah oleh awan atau zarah-zarah dalam udara.
Jom kita lakukan aktiviti ini di rumah! Satu aktiviti yang menarik untuk dicuba dirumah sepanjang tempoh pergerakan kawalan ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
1.cawan berisi air susu
2. lampu
3. dinding atau kertas putih
Pastikan anda lakukan dalam bilik yang mempunyai keamatan cahaya yang rendah.
Jika anda perlukan bantuan untuk lakukan, jom kita dengar daripada adik Ahmad Mukmin , 1S daripada SMK Bandar Rinching dan adik Damia Dayana, 1A juga daripada SMK Bandar Rinching.
Saya kongsikan juga gambar-gambar aktiviti penyerakan cahaya oleh murid-murid kelas 1 Hazel, 1Fresia, 1Azalea dan 1 Saffron semasa PdPR ini..
Nampaknya aktiviti Sains ini sungguh bermanfaat kepada mereka walaupun mereka bukan berada di sekolah..
Siapa kata murid tidak boleh melakukan eksperimen walaupun bukan berada di sekolah.
Gambar ini menunjukkan mereka berjaya melakukan aktiviti Penyerakan Cahaya bagi Sains Tingkatan 1 semasa PdPR 2020 ini.
Jom kita saksikan siapakah pemenang Penyerakan Cahaya ini.
Nanti , cikgu akan hantarkan sijil ya...
Tahniah daripada Cikgu
Sekian,
Cikgu Tuti


Comments
Post a Comment