KAEDAH KROMATOGRAFI PENCETUS KEMENJADIAN MURID
Tahukah anda warna merupakan campuran. Mari kita imbas kembali apakah yang dimaksudkan dengan campuran.
Campuran merupakan satu atau lebih daripada satu unsur atau sebatian yang bergabung secara fizikal. Disebabkan campuran terbentuk secara fizikal, campuran juga boleh dipisahkan secara fizikal.
Terdapat tujuh teknik pengasingan campuran kepada komponen-komponenya iaitu:
a) Penurasan
b) Penyulingan
c) Pengasingan menggunakan magnet
d) Pengapungan
e) Pengenapan
f) Penapisan
g) Kromatografi
( Sumber : Buku Teks Sains, KSSM)
Murid selalu keliru pengasingan kaedah pengasingan kromatografi dengan kaedah pengasingan penurasan ataupun penapisan. Sebenarnya kaedah pemisah kromatografi ini adalah pengasingan campuran dalam kuantiti yang sedikit sahaja seperti dakwat pen dan pewarna makanan. Manakala kaedah pengasingan penurasan, penyulingan dan penapisan menggunakan kuantiti campuran yang banyak. Harap anda jelas mengenai perbezaan kromatografi dengan penuras.
Jom kita lakukan aktiviti yang menarik mengenai kromatografi. Bandingkan dua jenis pewarna hitam. Tontoni video di bawah ini.
Menarik bukan, jemput tonton video aktiviti "hands-on" bagi kromatografi dalam You Tube Channel Cikgu Tuti. Kita lakukan aktiviti hands-on yang lain daripada yang lain. Contoh laporan untuk aktiviti "hands-on" saya seperti gambar di bawah:
Jangan risau, saya sertakan juga pautan google drive untuk aktiviti-aktiviti "hands-on" yang lain bagi tajuk kromatografi ini.
https://bit.ly/aktivitihandsonkromatografi
Saya kongsikan juga latihan pengukuhan seperti aktiviti bahan sumber inkuiri tertumpu kepada bentuk soalan KBAT, Timss dan juga Pisa pada pautan di bawah.
https://bit.ly/soalanKBATbahaninkuiri
Pada akhir PdPc saya, saya cuba lakukan satu contoh projek STEM seperti dalam video ini. Markah untuk projek ini saya jadikan markah PBL saya untuk tingkatan 1. Ternyata murid memang seronok melaksanakan PROJEK KROMATOGRAFI ini.
Semoga pengkongsian mengenai kromatografi ini membantu para pendidik di sana untuk meningkatkan kemenjadian murid dan melatih murid-murid dalam menguasai soalan berbentuk KBAT ini
Sekian daripada saya,
Cikgu Tuti

Comments
Post a Comment