JOM BUAT PELANGI DI RUMAH!

Tahukah anda Pelangi merupakan salah satu daripada fenomena penyebaran cahaya? 

Tidak perlu tunggu hujan di waktu tengah hari, anda juga boleh membuat pelangi di rumah!!! Menarik bukan. 

Jika tidak percaya, jom kita lakukan aktiviti "hands-on" yang mudah sahaja di rumah. Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah untuk disediakan. Mari saya kongsikan bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan yang diperlukan:

1. Lampu suluh 

2. Kertas putih

3. Cermin 

4. Besen berisi air separuh penuh 


Jom dengarkan sedikit penerangan daripada anak murid saya, Ahmad Mukmin. 1 Saffron dari SMK Bandar Rinching. 



Damia Dayana, 1 Azalea  juga apa kurang hebatnya. Mari kita saksikan. 




Saya kongsikan juga hasil akhir gambar-gambar pelangi daripada anak murid saya di SMK Bandar Rinching. Hebat mereka ini. 





Maka, tidak sialah saya umumkan pemenang pelangi yang menarik. Jom kita tonton. 



Walaupun masih dalam perintah berkurung kawalan ini, anak murid yang berjaya telah mendapat sijil penghargaan daripada saya untuk tingkatkan semangat mereka belajar sains secara PdPR ini. Terpancar kegembiraan di raut wajah mereka. 






Pelangi indah di siang hari 

Cahaya putih disebar ke satu arah

Tujuh warna kini menyinari

Kemenjadian murid kian terserlah


Tahniah kepada yang berjaya !!!!

-CikguTuti-

Comments

Popular posts from this blog

Jom buat eksperimen penuras air Sains Tingkatan 1!