KEMENJADIAN MURID MELALUI PEMBELAJARAN ALAM MAYA
Dasawarsa ini, seringkali para pendidik disarankan untuk merancang PdPc abad ke 21 iaitu berpusatkan murid. Dengan kata lain adalah "Kemenjadian Murid " adalah keberhasilan utama dalam PdPc 21. Tahukah anda sebagai pendidik, kemenjadian guru perlu dihasilkan terlebih dahulu sebelum kemenjadian murid. Mengapa? Buktinya, senang sahaja, iaitu apabila guru menjadi kreatif, anak murid akan menjadi lebih kreatif. Sebaliknya, jika guru hanya bergantung kepada papan putih dan buku teks sahaja, maka murid akan bergantung kepada pen dan buku modul semata-mata.
Hari ini, jari jemari ini menyentuh huruf-huruf kecil di papan komputer ini. Cuba untuk belajar membuat blog sendiri. Selama ini hanya menulis untuk menghasilkan buku aktiviti Sains Tingkatan 1,2 dan 3 bagi terbitan Pelangi dan Cemerlang. Mungkin ini sebagai pencetus untuk berkongsikan sesuatu yang menarik dan bermanfaat.
Di ruangan ini, ingin saya buktikan Kemenjadian Guru Pecetus Kemenjadian Murid pada masa kini. Pembelajaran alam maya ini merupakan satu cabaran buat pendidik pada masa kini. Jika kita hanya tertumpu pada kuiz dan latihan di Telegram dan Whatsapp semata-mata, murid-murid akan berasa bosan dengan pembelajaran alam maya ini.
Cuba kita buat sesuatu yang menarik ! Ya, aktiviti "aktiviti hands-on" di rumah tentu menarik minat murid untuk mencuba sesuatu yang baharu disamping masa mereka akan terisi dengan satu aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan. Di sinilah kemenjadian guru terhasil untuk menghasilkan satu aktiviti yang menarik sebagai pencetus kepada keberhasilan murid.
Contoh aktiviti " hands-on" yang pertama ini saya kongsikan adalah aktiviti Valkano. Saya mulakan PdPc Sains Tingkatan 1, Bab 9 bagi tajuk Geobencana seperti Google Site di bawah ini.
https://sites.google.com/view/fenomena-geobencana/home
Murid perlu membuat latihan Uji Minda 1 dan Uji Minda 2 sebelum ke slot rekacipta untuk membuktikan mereka berupaya untuk menjadi Ahli Geologi. Dalam slot Rekacipta, murid akan dicabar dari semasa ke samasa untuk menghasilkan buih valcano yang lebih menarik.
Untuk tontonan aktiviti seterusnya, bolehlah tonton You Tube Channel Cikgu Tuti. Jom saya kongsikan aktiviti menarik bagi valcano ini.
Aktiviti pertama :
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 1/3 cawan air
2. 3 titis pewarna
3. 4 sudu kecil baking soda
4. sudu kecil cecair pencuci
5. 5 sudu besar cuka
Aktiviti kedua:
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 2 biji lemon di potong bahagian atasnya
2. 3 titis pewarna
3. 4 sudu kecil baking soda
4. sudu kecil cecair pencuci
5. 5 sudu besar cuka
Aktiviti ketiga:
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 1 botol air coca cola
2. Mentos
#KemenjadianGuruPencetusKemenjadianMurid
Sekian dari saya,
Cikgu Tuti
Jom Hasilkan Lebih Banyak Aktiviti Kemenjadian Murid!!!





Comments
Post a Comment